Powered by Blogger.
RSS

Vacation Family

Asalamualaikum...
Ada org tak kat rumah ??
eah ! pasal pulak ngan aku ni ? Inikan blog, bukannya pintu rumah lhaa weyh..hesh,,
Urm, arini aku nak kongsi satu cerita ngan korang semua. Ia adalah berkaitan dengan tajuk yang tertera di atas sana.. Vacatiaon yang diadakan ini telah pon dirancang semenjak tahun lepas lagi. Memanjang je tak jadi, itu yang decide pergi jugak aritu. Benda ini untuk family sebelah ayah aku sahaja. Yang tak pergi time ini, Abg Ngah aku yang UITM uh sebab dia keje ( partime ) , Pak Long aku sebab dia memang tak suka ikut kitaorg pergi jalan2 ini dan juga family Umi aku sebab apa, aku tak tahu lhaa pulak.. Kitaorg pergi naik 3 kereta, satu, ayah aku bawa, satu pak ngah aku bawa and lagi satu abg long aku bawa. Janji nak gerak pukul 2 petang, tapi lelast kul 3 lebih baru gerak atas sebab2 tertentu. Kitaorg sampai KL dalam kul 6 macam tu lhaa disebabkan kesesakan lalu lintas. Kemudian kami stay di rumah sedara kami di Flat Seri Sentosa. Huh, ambik kau penuh satu rumah uh kami buat. Minta maaf lhaa org disekeliling kami uh, orang Melaka sampai KL memang bising sikit. Al-maklumlah, bila satu family dah berkumpul mestilah ada cerita yang hendak dibualkan dan mesti ada yang hendak menyakat2 orang lain. Itu semua biasa dalam keluarga kami. Then, kami makan sebab perut dah mula berkeroncong minta di isi. Selepas sahaja makan, kami duduk beramai-ramai dan mulakan perbincangan untuk picnic kami keesokan harinya. Kami memikirkan apa nak dimasak, barang2 yang nak dibeli dan berapa duit yang perlu dikeluarkan bagi setiap seorang. Setelah selesai perbincangan, mak2 je yang pergi tapi, mak aku tak join sebab dia penat katanya. So, mama ( mak ngah ) aku ajak aku pergi. Jadi mak2 lhaa nampaknya aku time ni. Urm, jalan2 kat KL, aku mesti ikut punya. Mungkin sebab diaorang sayang aku lebih agaknya. hahaha, gebang je lebih... Malam uh, setelah selesai pergi membeli-belah, kami semua membuat tugas masing2 dan pakngah aku pulak keluar pergi ambil adik sedara aku kat TBS sebab diaorang datang naik bas atas sebab2 mereka sendiri lhaa kan. Huh, kitaorang pulak, buat hal masing2 bagi memeriahkn rumah tersebut.

Keesokan paginya, seawal jam 5 pagi kami sudah bangun untuk menyiapkan segala barang dan makanan yang hendak dibawa ke tempat picnic kami uh. For your information, kami akan buat barbeque kat situ and tempat yang kami nak pergi itu ialah di Sungai Congkak, Hulu Langat , Selangor. Ia mengambil masa 1 jam dari kediaman kami. Setelah selesai segala persiapan, jam 7 pagi kami telah bertolak ke sana kerana kami ingin mendapat tempat untuk duduk kerana takut ramai orang nanti. Setelah 1 jam, kami pun tiba tempat yang kami hendak tuju itu. Guess what ? Kami adalh orang pertama yang sampai ke tempat itu. hahaha, kami suka. Sampai2 je, kami stret ke tempat duduk uh and mengeluarkan segala barang yang kami bawa dan kami bersiap-siap untuk buat barbeque kami uh.



Huh, inilah tempat kami buat barbeque. Yang pakai baju maroon itu my father ! and yang asyik pandang kat sungai uh ( dah tak sabar nak masuk agaknya ), itu adalah my lovely busu ! Dia memang smart and belum berpunya lagi. hahaha ... Kalau korang semua nak tahu, busu aku inilah orang pertama yang masuk mandi dulu. Eksited barangkali.. Sebab dia first time datang sini sebab selalunya bila kami datang sini, dia kerja. Kesian dia ~ Urm, setelah bara api sudah siap, ayam pun diletakkanlah di atas tempat memanggang itu. And also sosej turut di bakar juga. Yang lain pula tengah makan bagi mengisi perut yang kosong sebelum kami semua turun ke bawah tu. Setelah semuanya dah makan, kami pun apa lagi ! Kami pun turun ah..

Keluarga kitaorang ni jenis yang suka buat huha2 ni. So, memang gamat lhaa kan suasan kat sini. Memang dah tak peduli lagi dah kat orang sekeliling. Keluarga kami jenis yang happening je selalu. Tiada konflik, tiada cemburu and semuanya bahagia. Aku lebih suka hang out dengan keluarga sebelah ayah sebab best. Kalau sebelah mak, aku kurang sikit sebab semua sepupu aku kecil2 lagi. Tak best and tak ada kawan nak bergurau langsung. Yang ada just adik aku je ah. So bosan ~ Kalau belah ayah ni, orang yang selalu melayan aku ialah Abg Long aku. Dia jenis yang ambil berat and suka gurau2 ni. Kalau Abg Ngah aku, lain sikit sebab dia jenis yang suka buat hal dia sendiri. Kemnyataan kot sebab kemana sahaja kitaorang pergi, mana ada dia ikut. Time zaman Tok Kaduk dulu, ada lhaa. Sekarang sudah tiada.

Huh, aku nak tunjuk sikit gambar2 kitaorang time kat sini. Walaupun bagi korang macam biasa aje, tapi bagi aku ia amat bermakna sebab vacation macam inilah yang akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan itu.





 Okay2, yang baju warna biru yang diri kat belakang aku itulah Abg Long aku. Dia anak Mak Ngah aku. Dialah yang aku dok cerita kat atas tadi uh. Dia memang sporting gila habis..


















 Huh, penat lhaa pulak nak mengupload gambar ni. Dah lhaa loading pulak uh. So, setakat ini jelah gambar yang aku boleh uploadkan kat sini. Kalau nak tengok banyak2, pergi lhaa nengok kat FB sebab sepupu aku da uploadkan. Pandai2 lha korang eah. Urm, amacam gambar yang aku kasik tengok uh ? Ada yang eksited, ada yang takut air, ada yang kena serang, ada yang lari daripada kena air and macam2 lagi lha gelagat2 ahli keluarga aku ni. Kalau korang nak tahu, air kat sini, memang sangat2 sejuk. Boleh menggigil badan. Bagi sesiapa yang tak tahan sejuk uh, aku nasihatkan supaya tak payah lha nak beranikan diri nak duduk lama2 kat dalam uh. Tapi, kalau aku, aku biasa2 je. Walaupun sejuk, still boleh bertahan. Urm, kaki aku terkoyak kot sebab aku kena tarik oleh Busu and Abg Long aku. Sakit tak terasa sangat time uh, tapi bila dah balik rumah, baru terasa sakitnya. hahahha...

 Okay lhaa, setakat itu sahaja cerita aku kali ini, Eah, selepas picnic uh, kami bersiar- siar pula kat Taman Maju. Bagi orang KL , mereka tahulah di mana lokasinya. Urm, lain kali aku kongsi lagi eah cerita ngan korang semua.
Sekian, wassalam ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kahwin ???

Assalamualaikum...
Agak lama dah aku tak mengupdate ini blog. Busy lhaa, tk de masa nk bukak..
So, arini aku nk take time untuk menulis di sini walaupun sekarang ni aku still terasa penat lagi disebabkan aku sgt bertungkus-lumus membantu di sebuah majlis perkahwinan. Memadailah dengan tajuk aku arini. Aku nk cerita pasal perkahwinan jiran aku ni ha. Sorry lhaa kepada tuan punya majlis kerana aku menceritakannya disini. Bukannya apa, sekadar nk berkongsi cerita dengan mereka2 yg membaca..
Eleh, kalau nk marah pon, ada aku kesah ??? hahaha, tak de lhaa.. Tuan punya majlis ni baik orangnya..

Okay, ceritanya macam ni. Jiran sebelah rumah aku buat majlis perkahwinan anak lelakinya, anak bongsu...
Aku bukannya rapat sgt dengan anak dia uh sebab anak dia ni bekerja sebagai askar dan jarang sama sekali dia balik sini. Sekarang ini pun dia bertugas di Sabah. Jauh sgt tu.. Mak aku ada pesan ngan aku kot2 kalau nampak ada org ngah sibuk2 buat kerja uh, dia suruh aku pergi menolong, sebab mak aku kerja, balik kerja nanti baru mak aku pergi join.. Urm, harammm... Aku sekadar tengok dari dalam rumah je. Mak aku balik kerja baru aku pergi. Nak tahu tak seumur hidup aku menolong org dlm majlis perkahwinan, tak pernah lagi aku pergi basuh ayam, potong daging, masukkan souvenir dalam bekas and  jaga tempat buat air.. Memang tak lhaa kan ?? Sebelum ni, aku de juga pergi menolong ni, sebab family ayah aku ada buat masak2 rumah org kahwin ni.. Paling kurang pun aku buat just tolong angkat barang sikit2 jelah.. Tak de lah sampai mcm yg aku wat semalam dan pagi tadi. Hope, time aku kahwin nanti Abg uh tolong aku jugak. Cettt, bajet dah nak kahwin lhaa pulak. Belajar pun tak habis lagi. Result pun tak keluar lagi. Tak senonoh betul lhaa aku ni..
Huh,, nak tengok tak gambar kahwin dorang ??? Sebenarnya isteri Abg ni pun askar jugak.. Dia bahagian penyanyi untuk okestra ni.. Jom tengok gambar dorang..

Ini gambar pelamin dorang.. Aku ambil time pagi sebelum orang ramai datang..


Cantik tak pelamin dia ?? cantik kan.. Seriusly aku suka pelamin dia. Simple, tapi cantik. Aku admire habis lhaa... Nk tengok gambar pengantinnya pulak tak ??
Jomm....


Oppss !! ini bukan pengantin tau .. Ini aku lhaa pulak. Sori ~ Jap, ni gambar sebenarnya okay ??



Inilah dia pengantin yang sebenarnya. Handsome dan cantik.. Sepadan sangat.. Nak tengok lagi gambar ?? Aku memang active menangkap gambar time ni. Kali ni aku nak tunjukkan gambar time dorang potong kek. Time potong kek ni, yang lelaki uh pakai baju tentera yang warna putih tu.. Memang smart sangat.. Aku suka.. Nanti nak suami tentera jugak lhaa.. hahaha, mula mengarut sudah ~ Just abaikan aje aku ni.. Let's check the out ~












Huh, amacam ?? Terhibur tak dengan gelagat mereka berdua ?? Seriusly sempoi.. Posing maut gituhhh..
Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku ambil tadi, tapi tak nak upload semua. Malas and memang tak nak.. hahaha.. Itu sahaja cerita aku untuk post kali ini. Semoga anda semua terhibur membacanya. Bagi sesiapa yang rasa cam annoying je cerita aku ni, just pergi ke butang cancel jelah eah. Tak yah nak semak2 kat page aku. Sorry lhaa teremosi lebih lhaa pulak kan ?? hahaha,, gurauan semata-mata.. Jumpa lagi lain kali okay ??
Sekian , wassalam..

p/s : Kepada kedua mempelai, semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan dicucuri rahmat-Nya.. Sorry lhaa cerita pasal wedding korang sebab aku rasa teruja sgt.. Untung dpt masuk post aku ni.. Selamat Pengantin Baru ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday !!!

Asalamualaikum...
Sebenarnya cerita ni da dekat seminggu dah aku simpan.
Asal nak tulis je, mesti byk benda yg menghalang aku drpd berbuat sebegitu.
So, arini aku berpeluang untuk menulisnya dengan lebih tenang dan ceria !!!

Birthday aku jatuh pada hari Jumaat bersamaan 18 Januari 2013..
Suasana pada hari tersebut sekadar biasa2 sahaja.
Malam tu, aku gerak ke rumah nenek aku seperti biasa nak nengok MLM Akhir sebab kat rumah aku masa tu tak de ASTRO lagi tapi now, sudah ade. Baru lagi pasangnya ~
Mama kata tak nak celebrate birthday aku sebab nnti nak celebrate ngan birthday adik aku sekali bulan 2 ni.. Tapi, Mak lang aku yg volunteer nak sambut gak birthday aku bagi pihak dia lhaa.
So, dia buat kek sendiri. huh ! homemade tau !! Walaupun kek nye tak de lhaa secantik mana, sebe tk sempat nk topping bagai. Tapi rasanya still sedap macam kek2 yang selalu kita beli kat kedai uh..
Aku dpt present istimewa drpd nenek iaitu duit !! Korang ada ? Aku ada ~



Huh ! nampak tak ada tangan yg pegang sampul duit ray uh ???
Itulah duit yg aku maksudkan uh.. Nenek aku saja je nk masuk sekali dlm gambar, tp tgn jelah..
Dan yg kat berbaju oren di belakang aku uh adalah ayah aku, dia ngah solat sebab lepas uh dia kene gi kerja pulak.. Kek ?? Itulah kek homemade uh.. Sedap kott !! Aku suka rasanya ...

Okay, sekarang aku nk say thanks kepada mereka2 yang wish birthday aku tak kiralah melalui call ke, mesej ke, wish depan2 aku ke or even kat fb sekali pun. Aku hargai sgt2 kat korang2 semua.. Semoga korang diberkati oleh Illahi. Amin...


Azalina Abdul Wahid :  Kau lhaa org pertama yang wish aku time birthday aritu. Tak silap aku kau call aku time 12.00 malam kott. Terkejut lhaa jugak aku mlm uh sebab aku baru nk amek port nak tidur. Thanks 4 everything yang kau buat untuk aku sepanjang persahabatan kita ni. Kau lhaa kawan yang terbaik bagi aku.. Susah senang kita bersama tau.. Gud luck in your life !!

Nakamura Miharu :   Even pon kau wish aku kat fb, aku still hargai tau. Aku tahu kau sekarang ni ngah sibuk bekerja kan ?? Orang berkerjaya lhaa katakan.. Kerja elok2 tau. Nanti da dpt gaji, jgn lupa belanja aku tau. Sorry kalau aku de wat salah kat kau sepanjang persahabatan kita ni. 3 serangkai 4 ever !!

 Ar- Razi Nation :   Thanks jugak kat sesiapa yang wish aku. Yang aku ingat Qila Parlan, Hanum, Hanis , Yana Dila, Najahah, Kinah As, Jiah and ramai lagi lhaa. Kang ada yang aku senaraikan ke 27 org tu kang. Korang memang the best bagi aku. Susah nak cari kawan mcm korg semua. Susah senang kita sentiasa bersam. Rindu nak bertotak ngan korg, main balas2 pantun, gosip2 and mcm2 lagi lhaa ngan korg.

Dira Nadirah :  Jam 9.55 malam, aku dpt mesej drpd kau. Aku pelik pada mulanya sebab tak silap aku budak plkn mana leh balik. Rupanya kau bawak fon kau and kau guna time hujung minggu je. Kita borak2, aku wish birthday kau jugak and cite pasal Si Dia.. Kau suruh aku msj Si Dia tapi aku tak nak sebab aku tak tahu nak mesej apa kat dia time uh. Thanks wish aku and still jadik bestfriend aku daripada kita sama2 Pra Sekolah dulu, sentiasa satu kelas, sampai lhaa sekarang ni kita da abes sekolah.. Thanks again for everything..

My Family :   Tak lupa jugak kepada family aku yang sudi wish aku. Ada yang mesej, ada yang call aku and de jugak yang wish kat fb je. Thanks for the wishes. I really appreciate it. Doakan kejayaan along ye semua.. Sayang sangat2 kat semua..

Okay lhaa, itu sahaja untuk kali ini. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya jua .. Semoga bertemu semua di dalam post yang lain pada hari dan waktu yang berlainan di dalam blog yang COMEL.. COMEL.. COMEL.. 
Ye2, aku tahu tu. Tak yah nak jerit2 sangat lhaa weyh. Aku tak pekak lagi lhaa. hahaha...
Kepada sesiapa yang aku lupa nak tulis uh, mintak maaf banyak2 ye. Setiap insan pasti akan melakukan kesalahan.. Dan akulah insan itu..

Sekian, wassalam... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thanks Ayah and Mama

Assalamualaikum... apa kabar saudara, saudari ku sekalian..
cett ! menyanyi lhaa pulak aku ni.

Okay ! sebenarnya nk cerita psl tajuk di atas. Cerita ni sebenarnya da lama dah. minggu lepas kot..
tapi tak kesah lhaa. Aku tetap nk cerita jugak..

Ceritanya begini ......
Suatu hari ni, ari Jumaat tk silap aku. Kebiasaannya ayah balik dari kerja pukul 6 petang dan terus pergi ambil adik aku kat sekolah agama. Tapi, aritu ayah aku tk ambil adik aku dulu. Dia terus alek umah dulu. Alasannya nk antar air ( kami minum air doktor sukida uh ) .. Tak kesah lhaa kan. So, macam biasa aku akn ambil surat khabar drpd ayah walaupun sepatutnya di baca pada waktu pagi..

Aku pun terus masuk bilik, ambil port kat atas katil and mula kn membaca.. Time aku khusyuk2 baca surat khabar uh, ayah panggil aku dengan nada marah ! Then, aku pon terus lhaa gi dapur.. Mama pon turut join sekali. Pas tu ayah tunjuk kat atas meja makan. Aku nmpak mcm plastik yg berisikan fon . Mungkin ayah aku beli untuk dia sbb fon ayah aku pon da cm biol sikit. Pastu mama kata, " Nah along dpt awal sikit ( hadiah birthday ), " .

Wah ! seronok nya. Awal seminggu kot daripada apa yang aku sangkakan..
Nak tahu tak aku dpt fon ape ??????
Ala,,, bukannya power sgt pon..

NOKIA ASHA 306 !!!

>
>
>
>
>
>
>
>




Ha ! Inilah benda2 yg aku dpt aritu.. hahahaha,, Biase2 je. tk de lah power sgt mcm korg2 semua.
Haish,, merendah diri lhaa pulak dia ni..

Nak tengok lagi tak ???

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....................



 My new hubby ! I love it so much !!!!
Aku akan jaga fon ni baik-baik. Sampai tidur pon letak kat almari solek sebab takut jatuh dari katil. Almaklumlah tidur kat katil atas ( 2 tingkat ) .. Sebab sebelum ni, fon lama uh da berbelas kali jatuh dari katil sebab aku ni kalau tidur suka pusing2.. hahahahaha....

Okay lhaa. itu je setakat arini. Sekadar nak menghargai pemberian seorang ayah and mama yang bagi hadiah birthday ni kat aku.. Ha ! Jumaat ni birthday aku. Kepada yang mengenali aku, sila2 lhaa bagi hadiah and wish aku ye... hahaha,, terover sudah.. especially for Nakamura Miharu and Azalina Abdul Wahid ....
sekian, wassalam...









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Huh, Azalina Hott


Ni nak cerita la cikit pasal seorang budak ni. Dia ni kire kawan baik aku a.k.a adik aku lhaa.
Baik, memang baik. Caring pon caring. Kiranya dia ni okay je bagi aku.

Nak tahu tak, dia lhaa yang overall editing blog aku ni. Thanks a lot lhaa kat dia. Aku bukannya nk menyusahkan dia, tapi dia sendiri yang beria nak update kan blog aku ni. So, I give her a chance to do it.
Let it be.

Apa pon, nak say thanks sekali lagi kat kau lhaa Azalina Abdul Wahid . Sayang kat kau lhaa weyh.
Nak usha tak gambar budak sorang ni ?
Meh2 aku tunjuk.



comell tak ?







3 Serangkai






Makan bot la konon

Kami berdua


Azalina dan Piqazaty


huh, amacam ? puas ke tk ? kalo tk, gi lhaa usha sendiri okay >>
Rasanya cukup smpai sini je kot bebelan aku untuk kau Aza,.
Tengs for everythins okayy.
The end~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Round The World ( part 1 )


aku cuma nk cerita pasal lawatan aku bersama ngan bdk2 koperasi ngan my beloved kelas Ar-Razi Nation..
first of all, aku ikuti lawatan bersama2 koperasi ke Penang, Kedah and Langkawi.
yang mengikuti lawatan tu cuma 7 org pelajar form 5, 3 org pelajar form 3, and 4 org pelajar form 2.
yang lain majoriti keluarga cikgu.
family cikgu Aziz Rasol,

family teacher Asneza Ayu,

family cikgu Muhaida,

family Ustaz Zulkhairi,

bekas Ketua Warden tersayang, cikgu Khalidjah Aziz,

and most important, family Papa Razak .

urm ,, malas nk citer so, nengok pic je la e









Gunung Mat Cincang

Cable Car, Langkawi




Bukit Bendera , Penang










Tempat tinggal cikgu, Langkawi




Papa Razak, Aku dan Hanum



Hikmah, Aku dan Hanum



Hanum, Aku dan Kinah As




Geng Koperasi




Tempat tinggal kami, Langkawi





Tempat kami bermandi hujan dan jumpa ular

Katil kami tidur


Air terjun, Kedah


Rasanya cukup setakat ni je kott. Penat pula nak upload gambar.
Nanti aku sambung untuk trip yang kedua bersama Ar-razi Nation.
Tunggu dan saksikan ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Round The World ( part 2 )

salam..
aku tahu post ni mungkin da berzaman dah. tahun lepas kot.
al-maklumlah, da masok tahun 2013.
tapi aku still nk citer jugak kat korang semua.
kalau ade sape2 yg tk nk bce uh, sila lah cancel this page ye.
harap maklum, syukran.

okay2, kali ni nk cite pasal lawatan kelas aku pulak.
tempat yg kita org pergi ni tk de lhaa famous sgt.
mungkin ade yg tk tahu kot tempat ni..
tempat ni terletak kat Selangor.
the name is Riverstone..
ha ! korg tahu ke tempat uh ??

saya tahu ! saya tahu !


kedengaran suara berkata- kata..

okay2. untung lhaa bagi sesiapa yg tahu tempat ni.
nk aku salam korg ke ? ( bagi yg halal sahaja )

cerita nye begini. kami gerak ke sana dari sharodz pada pagi selasa around 10 a.m macam tulah.
al-maklumlah budak2 sharodz ni. sukar nk tepati masa. it's normal lhaa..
cikgu yg pergi time ni ialah Papa Razak kami with his family.
nak aku senaraikn name2 mereka ke ???
tidak perlu rasenye.

dengan mata mengantuknye, aku pon decide nk tidur dalam bas.
mana tak nye, sampai dari Langkawi aroud 3.30 a.m macam tu.
penat sgt lhaa kn. dah tu tidur kat dalam KOPERASI TERSAYANG pulak uh.
first time, dalam hidup aku tidur kat dalam kedai yg penuh dgn brg2 untuk jual buku nnti.
thanks kepada Cikgu Muhaida yg telah meminjamkn kami bantal2 yg comel2 dan alas badan.
tidak lupa pula kepada Cikgu Aziz Rasul kerana caring sgt2 kepada kami yg masih tinggal di situ kerana sanggup temankn kami buat seketika.

time tengah tidur, nereka2 Ar-razi Nation menjalankan aktiviti mereka yg suka bising uh.
tapi tidak mengapalah kn. aku faham semua tu. korg still sama mcm kat kelas jugak. aku suka ~
korg nk tahu tk, jangkaan kami untuk sampai ke Riverstone uh sepatutnya pukul 11 pagi.
guest what ? kitaorg TERSESAT ! tersesat !
dengan itu, Pak Cik Mazlan dan juga Papa Razak decide untuk berhenti di sebuah balai polis terdekat untuk minta bantuan.


inilah Balai Polis tempat kami meminta bantuan. KECEMASAN tu.. setelah beberapa minit di dalam, akhirmnya mereka2 yg berada di dalam keluar. dan kami meneruskn perjalanan kami.
Balai Polis , kau tetap dalam ingatan lhaa weyh..

kemudian kami meneruskn perjalanan kami ke arah yg benar. setelah beberapa jam, akhirnya kami sampai juga ke Riverstone itu. Walaupun dalam perjalanan ke sana, kami still tk jumpe, nasib baik masih ada org yg bertanggungjawab untuk menunjukkn kami jalannye.





Akhirnya, inilah tempat yg kami cari2 tadi. Sori lhaa, bukan aku kat gambar uh. sebab aku malas nk takap2 gambar masa ni. So, Kinah lhaa yg jadi model aku kali ni.

Sampai je, org 2 suruh kami mkn tengahari kami yg da lewat 3 jam uh. Pandai2 lhaa kira. Semua pandai Maths kn ?? Then, teroskn perjalan check in bilik, solat, dan terus siap2 nk gi wat aktiviti rempuh halangan.



Okay, inilah Abang yg conduct this aktiviti. Gaya Abg ni bercakap menakutkan kami pada mulanya kerana dia garang sangat. Tapi, last2 kami okay2 aje. inilah cabaran kami yg pertama. Macam biasa lhaa, Filzah Husna yang akan mencuba dahulu. Bakal PLKN lhaa katakan. Dah pergi dah pon dia.
memang mencabar lhaa jugak.

Kemudian, kami lakukan benda alah ni. Hammaadah lhaa yg jadi model aku pulak kali ini. dan terdapat beberapa lagi halangan selepasnya. Sori lhaa tk de gambar.

Ha, inilah dia budak yg aku cari2 dari tadi.Inilah dia Filzah Husna Rizal yg aku cakapkn tadi uh. Dia memang suka buat aktiviti2 begini.Kalau korg nk tahu, benda ni kn selalunye tk de air kat tanah uh. tapi kali ini, penuh dgn air. dah jadi macam lumpuh dah kat situ. memang abes lhaa basah kn.busuk pulak tu. memang lhaa kan. Nak tak nak, kena jugak buat lhaa jugak.











Inilah kami semua setelah melakukan aktiviti ini. memang lencun satu badan lha kan. Kemudian, Abg tadi tu cadangkan kami masuk hutan pulak. walaupun tidak ada dalam jadual kami pun. Abg tu yg nk bawa kami, apa lagi, ikutkan aje. Ha, part masuk hutan ni lagi best. Macam2 rintangan kot. Dengan tergelincirnya, pacatnya dan macam2 lagi lhaa. Al-maklumlah, baru lepas hujan. Memang best ah, baju kotor lagi.


Masa kat dalam hutan ni, aku masih ingat lagi ayat Papa Razak. Masa tu Cik Jah tertinggal kat belakang dan asyek jatuh je. Pas tu Papa cakap macam ni, " Aku tak kesah anak aku, yg aku risaukan anak yag kat belakang ni ha  ( menunjukkan ke arah Cik Jah ). " Memang sentap lhaa weyh masa tu. Baru aku tahu, Papa sangat caring kat kami semua.

Then, abes semua nye kami balik bilik, mandi, kena marah and so on. Kena marah sebab bilik bawah kitaorg banjir sebab air dari atas turun bawah. Tapi, pak ci2 kat bawah uh tak salah kn kitaorg. So, it's okay lhaa. pengalaman bagi kitaorg semua.

Solat jemaah dengan pak cik2 uh semua, kemudian makan malam. Cuba teka apa kitaorg makan. Kami makan Nasi Ambeng. Sedap sgt. Budak2 Ar-razi Nation lhaa katakan, makan memang tak pernah senyap. Best sgt lhaa malam uh. Then, balik bilik siapkn diri nk tidur. Aku memang da lentok awal2 lhaa. Mengantuk lhaa katakan. For your information, kat tempat uh, guna generator. Pukul 12 malam je, lampu akan ditutup dan tak bukak2 sampai pagi baru bukak semula tapi sekejap jelah.

Esoknya, kami tak wat ape2, just jalan2 keliling resort je. Dalam kul 12 pagi kami check out keluar dan teruskan perjalanan ke I- city, Shah Alam pula yg merupakan destinasi kami yg terakhir.


Inilah kenangan kami sebelum meneruskan niat kami untuk pulang dan terus ke I- city. Terima kasih kepada cikgu (tk silap aku lhaa ) yg menolong kami untuk menangkapkn gambar ini.

Tapi korg perasan tak kat gambar ni de someone yg bukan ahli kelas aku ?

Nampak ! nampak ! nampak !
Anak Papa Razak.

Yes ! Pandai kamu semua. Ya, dialah Afif, Si Nakal itu tapi comel. Entah sejak bila dia jadi bdk kelas aku entah. Menyibuk je kan ?? tk pe, tk pe. Adik kami semua tu.. kalau korg tk nmpak boleh nengok gambar beliau yg lebih besar di bawah >>>

Inilah dia adik bongsu kami yang terselit kat gambar atas tu. ..






Okay, sekarang kami di I-city,,,,
Disana, kami menghabiskan duit semata-mata naik permainan yg disediakan. Tapi aku dan certain2 yg lain, decide tak nak naik ape sebab malas dan duit pon cam tak banyak sgt time uh. Mana tak nye, aku da berhabis-habis kat Langkawi..

Inila gelagat2 kami semua di I-city  Shah Alam.. selamat melihat gambar ..







PIRATE SHIP



Di sini, kinah, aiza dan ina menjerit ketakutan. Memang kelakar lhaa kn nengok muka dorang semua..


SNOWALK

Dekat sini pun terdapatnya Water Park yg baru je siap aritu. Nampak macam best lhaa kan ???


Yang ini pulak aktiviti aku dan yang lain2, yang tak wat ape2 .. Kerja kami Snap2 jelah..









Dalam pukul 8 malam, kami semua gerak masuk dalam bas untuk pulang semula ke Melaka dan terus balik rumah masing2.. Aku decide untuk turun di Petronas Ayer Keroh supaya senang kpd parents aku untuk ambil. Di situlah saat terakhir aku bersama mereka Ar-razi Nation dan Papa Razak.

Ar-razi Nation, aku akan ingat korang sampai bile2. Korang memang terbaik lhaa weyh. Thanks untuk setiap perkara yang korg wat untuk aku sepanjang persahabatan ini.

Papa Razak, thanks untuk segala-galanya. Thanks untuk lawatan ini sebab semuanya Ustaz yang uruskan. Thanks jadi guru kelas kami, melayan kerenah kami yang pelbagai ni dan sori kalau de susahkan Ustaz..

Okay, itu sahaja untuk kali ini. Semoga terhibur dengan post kali ini. Sori kalau post ni ada yg wat korg terasa atau sebagainya. Ini cuma kenangan kita bersama ~

The end ~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS