Powered by Blogger.
RSS

Vacation Family

Asalamualaikum...
Ada org tak kat rumah ??
eah ! pasal pulak ngan aku ni ? Inikan blog, bukannya pintu rumah lhaa weyh..hesh,,
Urm, arini aku nak kongsi satu cerita ngan korang semua. Ia adalah berkaitan dengan tajuk yang tertera di atas sana.. Vacatiaon yang diadakan ini telah pon dirancang semenjak tahun lepas lagi. Memanjang je tak jadi, itu yang decide pergi jugak aritu. Benda ini untuk family sebelah ayah aku sahaja. Yang tak pergi time ini, Abg Ngah aku yang UITM uh sebab dia keje ( partime ) , Pak Long aku sebab dia memang tak suka ikut kitaorg pergi jalan2 ini dan juga family Umi aku sebab apa, aku tak tahu lhaa pulak.. Kitaorg pergi naik 3 kereta, satu, ayah aku bawa, satu pak ngah aku bawa and lagi satu abg long aku bawa. Janji nak gerak pukul 2 petang, tapi lelast kul 3 lebih baru gerak atas sebab2 tertentu. Kitaorg sampai KL dalam kul 6 macam tu lhaa disebabkan kesesakan lalu lintas. Kemudian kami stay di rumah sedara kami di Flat Seri Sentosa. Huh, ambik kau penuh satu rumah uh kami buat. Minta maaf lhaa org disekeliling kami uh, orang Melaka sampai KL memang bising sikit. Al-maklumlah, bila satu family dah berkumpul mestilah ada cerita yang hendak dibualkan dan mesti ada yang hendak menyakat2 orang lain. Itu semua biasa dalam keluarga kami. Then, kami makan sebab perut dah mula berkeroncong minta di isi. Selepas sahaja makan, kami duduk beramai-ramai dan mulakan perbincangan untuk picnic kami keesokan harinya. Kami memikirkan apa nak dimasak, barang2 yang nak dibeli dan berapa duit yang perlu dikeluarkan bagi setiap seorang. Setelah selesai perbincangan, mak2 je yang pergi tapi, mak aku tak join sebab dia penat katanya. So, mama ( mak ngah ) aku ajak aku pergi. Jadi mak2 lhaa nampaknya aku time ni. Urm, jalan2 kat KL, aku mesti ikut punya. Mungkin sebab diaorang sayang aku lebih agaknya. hahaha, gebang je lebih... Malam uh, setelah selesai pergi membeli-belah, kami semua membuat tugas masing2 dan pakngah aku pulak keluar pergi ambil adik sedara aku kat TBS sebab diaorang datang naik bas atas sebab2 mereka sendiri lhaa kan. Huh, kitaorang pulak, buat hal masing2 bagi memeriahkn rumah tersebut.

Keesokan paginya, seawal jam 5 pagi kami sudah bangun untuk menyiapkan segala barang dan makanan yang hendak dibawa ke tempat picnic kami uh. For your information, kami akan buat barbeque kat situ and tempat yang kami nak pergi itu ialah di Sungai Congkak, Hulu Langat , Selangor. Ia mengambil masa 1 jam dari kediaman kami. Setelah selesai segala persiapan, jam 7 pagi kami telah bertolak ke sana kerana kami ingin mendapat tempat untuk duduk kerana takut ramai orang nanti. Setelah 1 jam, kami pun tiba tempat yang kami hendak tuju itu. Guess what ? Kami adalh orang pertama yang sampai ke tempat itu. hahaha, kami suka. Sampai2 je, kami stret ke tempat duduk uh and mengeluarkan segala barang yang kami bawa dan kami bersiap-siap untuk buat barbeque kami uh.



Huh, inilah tempat kami buat barbeque. Yang pakai baju maroon itu my father ! and yang asyik pandang kat sungai uh ( dah tak sabar nak masuk agaknya ), itu adalah my lovely busu ! Dia memang smart and belum berpunya lagi. hahaha ... Kalau korang semua nak tahu, busu aku inilah orang pertama yang masuk mandi dulu. Eksited barangkali.. Sebab dia first time datang sini sebab selalunya bila kami datang sini, dia kerja. Kesian dia ~ Urm, setelah bara api sudah siap, ayam pun diletakkanlah di atas tempat memanggang itu. And also sosej turut di bakar juga. Yang lain pula tengah makan bagi mengisi perut yang kosong sebelum kami semua turun ke bawah tu. Setelah semuanya dah makan, kami pun apa lagi ! Kami pun turun ah..

Keluarga kitaorang ni jenis yang suka buat huha2 ni. So, memang gamat lhaa kan suasan kat sini. Memang dah tak peduli lagi dah kat orang sekeliling. Keluarga kami jenis yang happening je selalu. Tiada konflik, tiada cemburu and semuanya bahagia. Aku lebih suka hang out dengan keluarga sebelah ayah sebab best. Kalau sebelah mak, aku kurang sikit sebab semua sepupu aku kecil2 lagi. Tak best and tak ada kawan nak bergurau langsung. Yang ada just adik aku je ah. So bosan ~ Kalau belah ayah ni, orang yang selalu melayan aku ialah Abg Long aku. Dia jenis yang ambil berat and suka gurau2 ni. Kalau Abg Ngah aku, lain sikit sebab dia jenis yang suka buat hal dia sendiri. Kemnyataan kot sebab kemana sahaja kitaorang pergi, mana ada dia ikut. Time zaman Tok Kaduk dulu, ada lhaa. Sekarang sudah tiada.

Huh, aku nak tunjuk sikit gambar2 kitaorang time kat sini. Walaupun bagi korang macam biasa aje, tapi bagi aku ia amat bermakna sebab vacation macam inilah yang akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan itu.





 Okay2, yang baju warna biru yang diri kat belakang aku itulah Abg Long aku. Dia anak Mak Ngah aku. Dialah yang aku dok cerita kat atas tadi uh. Dia memang sporting gila habis..


















 Huh, penat lhaa pulak nak mengupload gambar ni. Dah lhaa loading pulak uh. So, setakat ini jelah gambar yang aku boleh uploadkan kat sini. Kalau nak tengok banyak2, pergi lhaa nengok kat FB sebab sepupu aku da uploadkan. Pandai2 lha korang eah. Urm, amacam gambar yang aku kasik tengok uh ? Ada yang eksited, ada yang takut air, ada yang kena serang, ada yang lari daripada kena air and macam2 lagi lha gelagat2 ahli keluarga aku ni. Kalau korang nak tahu, air kat sini, memang sangat2 sejuk. Boleh menggigil badan. Bagi sesiapa yang tak tahan sejuk uh, aku nasihatkan supaya tak payah lha nak beranikan diri nak duduk lama2 kat dalam uh. Tapi, kalau aku, aku biasa2 je. Walaupun sejuk, still boleh bertahan. Urm, kaki aku terkoyak kot sebab aku kena tarik oleh Busu and Abg Long aku. Sakit tak terasa sangat time uh, tapi bila dah balik rumah, baru terasa sakitnya. hahahha...

 Okay lhaa, setakat itu sahaja cerita aku kali ini, Eah, selepas picnic uh, kami bersiar- siar pula kat Taman Maju. Bagi orang KL , mereka tahulah di mana lokasinya. Urm, lain kali aku kongsi lagi eah cerita ngan korang semua.
Sekian, wassalam ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

ciknajahah said...

pergi takk ajak pongg :(

DaShaIz said...

pegi ngan family yg aku ckp ngan kau uh, ni lhaa weyh.

Post a Comment