Assalamualaikum...
Agak lama dah aku tak mengupdate ini blog. Busy lhaa, tk de masa nk bukak..
So, arini aku nk take time untuk menulis di sini walaupun sekarang ni aku still terasa penat lagi disebabkan aku sgt bertungkus-lumus membantu di sebuah majlis perkahwinan. Memadailah dengan tajuk aku arini. Aku nk cerita pasal perkahwinan jiran aku ni ha. Sorry lhaa kepada tuan punya majlis kerana aku menceritakannya disini. Bukannya apa, sekadar nk berkongsi cerita dengan mereka2 yg membaca..
Eleh, kalau nk marah pon, ada aku kesah ??? hahaha, tak de lhaa.. Tuan punya majlis ni baik orangnya..
Okay, ceritanya macam ni. Jiran sebelah rumah aku buat majlis perkahwinan anak lelakinya, anak bongsu...
Aku bukannya rapat sgt dengan anak dia uh sebab anak dia ni bekerja sebagai askar dan jarang sama sekali dia balik sini. Sekarang ini pun dia bertugas di Sabah. Jauh sgt tu.. Mak aku ada pesan ngan aku kot2 kalau nampak ada org ngah sibuk2 buat kerja uh, dia suruh aku pergi menolong, sebab mak aku kerja, balik kerja nanti baru mak aku pergi join.. Urm, harammm... Aku sekadar tengok dari dalam rumah je. Mak aku balik kerja baru aku pergi. Nak tahu tak seumur hidup aku menolong org dlm majlis perkahwinan, tak pernah lagi aku pergi basuh ayam, potong daging, masukkan souvenir dalam bekas and jaga tempat buat air.. Memang tak lhaa kan ?? Sebelum ni, aku de juga pergi menolong ni, sebab family ayah aku ada buat masak2 rumah org kahwin ni.. Paling kurang pun aku buat just tolong angkat barang sikit2 jelah.. Tak de lah sampai mcm yg aku wat semalam dan pagi tadi. Hope, time aku kahwin nanti Abg uh tolong aku jugak. Cettt, bajet dah nak kahwin lhaa pulak. Belajar pun tak habis lagi. Result pun tak keluar lagi. Tak senonoh betul lhaa aku ni..
Huh,, nak tengok tak gambar kahwin dorang ??? Sebenarnya isteri Abg ni pun askar jugak.. Dia bahagian penyanyi untuk okestra ni.. Jom tengok gambar dorang..
Ini gambar pelamin dorang.. Aku ambil time pagi sebelum orang ramai datang..
Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku ambil tadi, tapi tak nak upload semua. Malas and memang tak nak.. hahaha.. Itu sahaja cerita aku untuk post kali ini. Semoga anda semua terhibur membacanya. Bagi sesiapa yang rasa cam annoying je cerita aku ni, just pergi ke butang cancel jelah eah. Tak yah nak semak2 kat page aku. Sorry lhaa teremosi lebih lhaa pulak kan ?? hahaha,, gurauan semata-mata.. Jumpa lagi lain kali okay ??
Sekian , wassalam..
p/s : Kepada kedua mempelai, semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan dicucuri rahmat-Nya.. Sorry lhaa cerita pasal wedding korang sebab aku rasa teruja sgt.. Untung dpt masuk post aku ni.. Selamat Pengantin Baru ~
0 comments:
Post a Comment