salam..
aku tahu post ni mungkin da berzaman dah. tahun lepas kot.
al-maklumlah, da masok tahun 2013.
tapi aku still nk citer jugak kat korang semua.
kalau ade sape2 yg tk nk bce uh, sila lah cancel this page ye.
harap maklum, syukran.
okay2, kali ni nk cite pasal lawatan kelas aku pulak.
tempat yg kita org pergi ni tk de lhaa famous sgt.
mungkin ade yg tk tahu kot tempat ni..
tempat ni terletak kat Selangor.
the name is Riverstone..
ha ! korg tahu ke tempat uh ??
saya tahu ! saya tahu !
kedengaran suara berkata- kata..
okay2. untung lhaa bagi sesiapa yg tahu tempat ni.
nk aku salam korg ke ? ( bagi yg halal sahaja )
cerita nye begini. kami gerak ke sana dari sharodz pada pagi selasa around 10 a.m macam tulah.
al-maklumlah budak2 sharodz ni. sukar nk tepati masa. it's normal lhaa..
cikgu yg pergi time ni ialah Papa Razak kami with his family.
nak aku senaraikn name2 mereka ke ???
tidak perlu rasenye.
dengan mata mengantuknye, aku pon decide nk tidur dalam bas.
mana tak nye, sampai dari Langkawi aroud 3.30 a.m macam tu.
penat sgt lhaa kn. dah tu tidur kat dalam KOPERASI TERSAYANG pulak uh.
first time, dalam hidup aku tidur kat dalam kedai yg penuh dgn brg2 untuk jual buku nnti.
thanks kepada Cikgu Muhaida yg telah meminjamkn kami bantal2 yg comel2 dan alas badan.
tidak lupa pula kepada Cikgu Aziz Rasul kerana caring sgt2 kepada kami yg masih tinggal di situ kerana sanggup temankn kami buat seketika.
time tengah tidur, nereka2 Ar-razi Nation menjalankan aktiviti mereka yg suka bising uh.
tapi tidak mengapalah kn. aku faham semua tu. korg still sama mcm kat kelas jugak. aku suka ~
korg nk tahu tk, jangkaan kami untuk sampai ke Riverstone uh sepatutnya pukul 11 pagi.
guest what ? kitaorg TERSESAT ! tersesat !
dengan itu, Pak Cik Mazlan dan juga Papa Razak decide untuk berhenti di sebuah balai polis terdekat untuk minta bantuan.
inilah Balai Polis tempat kami meminta bantuan. KECEMASAN tu.. setelah beberapa minit di dalam, akhirmnya mereka2 yg berada di dalam keluar. dan kami meneruskn perjalanan kami.
Balai Polis , kau tetap dalam ingatan lhaa weyh..
kemudian kami meneruskn perjalanan kami ke arah yg benar. setelah beberapa jam, akhirnya kami sampai juga ke Riverstone itu. Walaupun dalam perjalanan ke sana, kami still tk jumpe, nasib baik masih ada org yg bertanggungjawab untuk menunjukkn kami jalannye.
Akhirnya, inilah tempat yg kami cari2 tadi. Sori lhaa, bukan aku kat gambar uh. sebab aku malas nk takap2 gambar masa ni. So, Kinah lhaa yg jadi model aku kali ni.
Sampai je, org 2 suruh kami mkn tengahari kami yg da lewat 3 jam uh. Pandai2 lhaa kira. Semua pandai Maths kn ?? Then, teroskn perjalan check in bilik, solat, dan terus siap2 nk gi wat aktiviti rempuh halangan.
Okay, inilah Abang yg conduct this aktiviti. Gaya Abg ni bercakap menakutkan kami pada mulanya kerana dia garang sangat. Tapi, last2 kami okay2 aje. inilah cabaran kami yg pertama. Macam biasa lhaa, Filzah Husna yang akan mencuba dahulu. Bakal PLKN lhaa katakan. Dah pergi dah pon dia.
memang mencabar lhaa jugak.
Kemudian, kami lakukan benda alah ni. Hammaadah lhaa yg jadi model aku pulak kali ini. dan terdapat beberapa lagi halangan selepasnya. Sori lhaa tk de gambar.
Ha, inilah dia budak yg aku cari2 dari tadi.Inilah dia Filzah Husna Rizal yg aku cakapkn tadi uh. Dia memang suka buat aktiviti2 begini.Kalau korg nk tahu, benda ni kn selalunye tk de air kat tanah uh. tapi kali ini, penuh dgn air. dah jadi macam lumpuh dah kat situ. memang abes lhaa basah kn.busuk pulak tu. memang lhaa kan. Nak tak nak, kena jugak buat lhaa jugak.
Inilah kami semua setelah melakukan aktiviti ini. memang lencun satu badan lha kan. Kemudian, Abg tadi tu cadangkan kami masuk hutan pulak. walaupun tidak ada dalam jadual kami pun. Abg tu yg nk bawa kami, apa lagi, ikutkan aje. Ha, part masuk hutan ni lagi best. Macam2 rintangan kot. Dengan tergelincirnya, pacatnya dan macam2 lagi lhaa. Al-maklumlah, baru lepas hujan. Memang best ah, baju kotor lagi.
Masa kat dalam hutan ni, aku masih ingat lagi ayat Papa Razak. Masa tu Cik Jah tertinggal kat belakang dan asyek jatuh je. Pas tu Papa cakap macam ni, " Aku tak kesah anak aku, yg aku risaukan anak yag kat belakang ni ha ( menunjukkan ke arah Cik Jah ). " Memang sentap lhaa weyh masa tu. Baru aku tahu, Papa sangat caring kat kami semua.
Then, abes semua nye kami balik bilik, mandi, kena marah and so on. Kena marah sebab bilik bawah kitaorg banjir sebab air dari atas turun bawah. Tapi, pak ci2 kat bawah uh tak salah kn kitaorg. So, it's okay lhaa. pengalaman bagi kitaorg semua.
Solat jemaah dengan pak cik2 uh semua, kemudian makan malam. Cuba teka apa kitaorg makan. Kami makan Nasi Ambeng. Sedap sgt. Budak2 Ar-razi Nation lhaa katakan, makan memang tak pernah senyap. Best sgt lhaa malam uh. Then, balik bilik siapkn diri nk tidur. Aku memang da lentok awal2 lhaa. Mengantuk lhaa katakan. For your information, kat tempat uh, guna generator. Pukul 12 malam je, lampu akan ditutup dan tak bukak2 sampai pagi baru bukak semula tapi sekejap jelah.
Esoknya, kami tak wat ape2, just jalan2 keliling resort je. Dalam kul 12 pagi kami check out keluar dan teruskan perjalanan ke I- city, Shah Alam pula yg merupakan destinasi kami yg terakhir.
Inilah kenangan kami sebelum meneruskan niat kami untuk pulang dan terus ke I- city. Terima kasih kepada cikgu (tk silap aku lhaa ) yg menolong kami untuk menangkapkn gambar ini.
Tapi korg perasan tak kat gambar ni de someone yg bukan ahli kelas aku ?
Nampak ! nampak ! nampak !
Anak Papa Razak.
Yes ! Pandai kamu semua. Ya, dialah Afif, Si Nakal itu tapi comel. Entah sejak bila dia jadi bdk kelas aku entah. Menyibuk je kan ?? tk pe, tk pe. Adik kami semua tu.. kalau korg tk nmpak boleh nengok gambar beliau yg lebih besar di bawah >>>
![]() | |
Inilah dia adik bongsu kami yang terselit kat gambar atas tu. | .. |
Okay, sekarang kami di I-city,,,,
Disana, kami menghabiskan duit semata-mata naik permainan yg disediakan. Tapi aku dan certain2 yg lain, decide tak nak naik ape sebab malas dan duit pon cam tak banyak sgt time uh. Mana tak nye, aku da berhabis-habis kat Langkawi..
Inila gelagat2 kami semua di I-city Shah Alam.. selamat melihat gambar ..
![]() |
![]() | ||
PIRATE SHIP |
Di sini, kinah, aiza dan ina menjerit ketakutan. Memang kelakar lhaa kn nengok muka dorang semua..
![]() | ||
SNOWALK |
Dekat sini pun terdapatnya Water Park yg baru je siap aritu. Nampak macam best lhaa kan ???
Yang ini pulak aktiviti aku dan yang lain2, yang tak wat ape2 .. Kerja kami Snap2 jelah..
Dalam pukul 8 malam, kami semua gerak masuk dalam bas untuk pulang semula ke Melaka dan terus balik rumah masing2.. Aku decide untuk turun di Petronas Ayer Keroh supaya senang kpd parents aku untuk ambil. Di situlah saat terakhir aku bersama mereka Ar-razi Nation dan Papa Razak.
Ar-razi Nation, aku akan ingat korang sampai bile2. Korang memang terbaik lhaa weyh. Thanks untuk setiap perkara yang korg wat untuk aku sepanjang persahabatan ini.
Papa Razak, thanks untuk segala-galanya. Thanks untuk lawatan ini sebab semuanya Ustaz yang uruskan. Thanks jadi guru kelas kami, melayan kerenah kami yang pelbagai ni dan sori kalau de susahkan Ustaz..
Okay, itu sahaja untuk kali ini. Semoga terhibur dengan post kali ini. Sori kalau post ni ada yg wat korg terasa atau sebagainya. Ini cuma kenangan kita bersama ~
The end ~
4 comments:
wuuuu ~
bestlah kat riverstone tu ! jeles !
hehe
aktiviti memang best just tempat tidur dia tk selesa sgt.
kemain round the world lagik dayah ??? hahaha
btw , saya suke gambar saya masuk , famous nih ! hakhakhak
ini kina tau , bukan najahah
hahaha, gempak ckit ~
Post a Comment