Powered by Blogger.
RSS

Vacation Family

Asalamualaikum...
Ada org tak kat rumah ??
eah ! pasal pulak ngan aku ni ? Inikan blog, bukannya pintu rumah lhaa weyh..hesh,,
Urm, arini aku nak kongsi satu cerita ngan korang semua. Ia adalah berkaitan dengan tajuk yang tertera di atas sana.. Vacatiaon yang diadakan ini telah pon dirancang semenjak tahun lepas lagi. Memanjang je tak jadi, itu yang decide pergi jugak aritu. Benda ini untuk family sebelah ayah aku sahaja. Yang tak pergi time ini, Abg Ngah aku yang UITM uh sebab dia keje ( partime ) , Pak Long aku sebab dia memang tak suka ikut kitaorg pergi jalan2 ini dan juga family Umi aku sebab apa, aku tak tahu lhaa pulak.. Kitaorg pergi naik 3 kereta, satu, ayah aku bawa, satu pak ngah aku bawa and lagi satu abg long aku bawa. Janji nak gerak pukul 2 petang, tapi lelast kul 3 lebih baru gerak atas sebab2 tertentu. Kitaorg sampai KL dalam kul 6 macam tu lhaa disebabkan kesesakan lalu lintas. Kemudian kami stay di rumah sedara kami di Flat Seri Sentosa. Huh, ambik kau penuh satu rumah uh kami buat. Minta maaf lhaa org disekeliling kami uh, orang Melaka sampai KL memang bising sikit. Al-maklumlah, bila satu family dah berkumpul mestilah ada cerita yang hendak dibualkan dan mesti ada yang hendak menyakat2 orang lain. Itu semua biasa dalam keluarga kami. Then, kami makan sebab perut dah mula berkeroncong minta di isi. Selepas sahaja makan, kami duduk beramai-ramai dan mulakan perbincangan untuk picnic kami keesokan harinya. Kami memikirkan apa nak dimasak, barang2 yang nak dibeli dan berapa duit yang perlu dikeluarkan bagi setiap seorang. Setelah selesai perbincangan, mak2 je yang pergi tapi, mak aku tak join sebab dia penat katanya. So, mama ( mak ngah ) aku ajak aku pergi. Jadi mak2 lhaa nampaknya aku time ni. Urm, jalan2 kat KL, aku mesti ikut punya. Mungkin sebab diaorang sayang aku lebih agaknya. hahaha, gebang je lebih... Malam uh, setelah selesai pergi membeli-belah, kami semua membuat tugas masing2 dan pakngah aku pulak keluar pergi ambil adik sedara aku kat TBS sebab diaorang datang naik bas atas sebab2 mereka sendiri lhaa kan. Huh, kitaorang pulak, buat hal masing2 bagi memeriahkn rumah tersebut.

Keesokan paginya, seawal jam 5 pagi kami sudah bangun untuk menyiapkan segala barang dan makanan yang hendak dibawa ke tempat picnic kami uh. For your information, kami akan buat barbeque kat situ and tempat yang kami nak pergi itu ialah di Sungai Congkak, Hulu Langat , Selangor. Ia mengambil masa 1 jam dari kediaman kami. Setelah selesai segala persiapan, jam 7 pagi kami telah bertolak ke sana kerana kami ingin mendapat tempat untuk duduk kerana takut ramai orang nanti. Setelah 1 jam, kami pun tiba tempat yang kami hendak tuju itu. Guess what ? Kami adalh orang pertama yang sampai ke tempat itu. hahaha, kami suka. Sampai2 je, kami stret ke tempat duduk uh and mengeluarkan segala barang yang kami bawa dan kami bersiap-siap untuk buat barbeque kami uh.



Huh, inilah tempat kami buat barbeque. Yang pakai baju maroon itu my father ! and yang asyik pandang kat sungai uh ( dah tak sabar nak masuk agaknya ), itu adalah my lovely busu ! Dia memang smart and belum berpunya lagi. hahaha ... Kalau korang semua nak tahu, busu aku inilah orang pertama yang masuk mandi dulu. Eksited barangkali.. Sebab dia first time datang sini sebab selalunya bila kami datang sini, dia kerja. Kesian dia ~ Urm, setelah bara api sudah siap, ayam pun diletakkanlah di atas tempat memanggang itu. And also sosej turut di bakar juga. Yang lain pula tengah makan bagi mengisi perut yang kosong sebelum kami semua turun ke bawah tu. Setelah semuanya dah makan, kami pun apa lagi ! Kami pun turun ah..

Keluarga kitaorang ni jenis yang suka buat huha2 ni. So, memang gamat lhaa kan suasan kat sini. Memang dah tak peduli lagi dah kat orang sekeliling. Keluarga kami jenis yang happening je selalu. Tiada konflik, tiada cemburu and semuanya bahagia. Aku lebih suka hang out dengan keluarga sebelah ayah sebab best. Kalau sebelah mak, aku kurang sikit sebab semua sepupu aku kecil2 lagi. Tak best and tak ada kawan nak bergurau langsung. Yang ada just adik aku je ah. So bosan ~ Kalau belah ayah ni, orang yang selalu melayan aku ialah Abg Long aku. Dia jenis yang ambil berat and suka gurau2 ni. Kalau Abg Ngah aku, lain sikit sebab dia jenis yang suka buat hal dia sendiri. Kemnyataan kot sebab kemana sahaja kitaorang pergi, mana ada dia ikut. Time zaman Tok Kaduk dulu, ada lhaa. Sekarang sudah tiada.

Huh, aku nak tunjuk sikit gambar2 kitaorang time kat sini. Walaupun bagi korang macam biasa aje, tapi bagi aku ia amat bermakna sebab vacation macam inilah yang akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan itu.





 Okay2, yang baju warna biru yang diri kat belakang aku itulah Abg Long aku. Dia anak Mak Ngah aku. Dialah yang aku dok cerita kat atas tadi uh. Dia memang sporting gila habis..


















 Huh, penat lhaa pulak nak mengupload gambar ni. Dah lhaa loading pulak uh. So, setakat ini jelah gambar yang aku boleh uploadkan kat sini. Kalau nak tengok banyak2, pergi lhaa nengok kat FB sebab sepupu aku da uploadkan. Pandai2 lha korang eah. Urm, amacam gambar yang aku kasik tengok uh ? Ada yang eksited, ada yang takut air, ada yang kena serang, ada yang lari daripada kena air and macam2 lagi lha gelagat2 ahli keluarga aku ni. Kalau korang nak tahu, air kat sini, memang sangat2 sejuk. Boleh menggigil badan. Bagi sesiapa yang tak tahan sejuk uh, aku nasihatkan supaya tak payah lha nak beranikan diri nak duduk lama2 kat dalam uh. Tapi, kalau aku, aku biasa2 je. Walaupun sejuk, still boleh bertahan. Urm, kaki aku terkoyak kot sebab aku kena tarik oleh Busu and Abg Long aku. Sakit tak terasa sangat time uh, tapi bila dah balik rumah, baru terasa sakitnya. hahahha...

 Okay lhaa, setakat itu sahaja cerita aku kali ini, Eah, selepas picnic uh, kami bersiar- siar pula kat Taman Maju. Bagi orang KL , mereka tahulah di mana lokasinya. Urm, lain kali aku kongsi lagi eah cerita ngan korang semua.
Sekian, wassalam ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kahwin ???

Assalamualaikum...
Agak lama dah aku tak mengupdate ini blog. Busy lhaa, tk de masa nk bukak..
So, arini aku nk take time untuk menulis di sini walaupun sekarang ni aku still terasa penat lagi disebabkan aku sgt bertungkus-lumus membantu di sebuah majlis perkahwinan. Memadailah dengan tajuk aku arini. Aku nk cerita pasal perkahwinan jiran aku ni ha. Sorry lhaa kepada tuan punya majlis kerana aku menceritakannya disini. Bukannya apa, sekadar nk berkongsi cerita dengan mereka2 yg membaca..
Eleh, kalau nk marah pon, ada aku kesah ??? hahaha, tak de lhaa.. Tuan punya majlis ni baik orangnya..

Okay, ceritanya macam ni. Jiran sebelah rumah aku buat majlis perkahwinan anak lelakinya, anak bongsu...
Aku bukannya rapat sgt dengan anak dia uh sebab anak dia ni bekerja sebagai askar dan jarang sama sekali dia balik sini. Sekarang ini pun dia bertugas di Sabah. Jauh sgt tu.. Mak aku ada pesan ngan aku kot2 kalau nampak ada org ngah sibuk2 buat kerja uh, dia suruh aku pergi menolong, sebab mak aku kerja, balik kerja nanti baru mak aku pergi join.. Urm, harammm... Aku sekadar tengok dari dalam rumah je. Mak aku balik kerja baru aku pergi. Nak tahu tak seumur hidup aku menolong org dlm majlis perkahwinan, tak pernah lagi aku pergi basuh ayam, potong daging, masukkan souvenir dalam bekas and  jaga tempat buat air.. Memang tak lhaa kan ?? Sebelum ni, aku de juga pergi menolong ni, sebab family ayah aku ada buat masak2 rumah org kahwin ni.. Paling kurang pun aku buat just tolong angkat barang sikit2 jelah.. Tak de lah sampai mcm yg aku wat semalam dan pagi tadi. Hope, time aku kahwin nanti Abg uh tolong aku jugak. Cettt, bajet dah nak kahwin lhaa pulak. Belajar pun tak habis lagi. Result pun tak keluar lagi. Tak senonoh betul lhaa aku ni..
Huh,, nak tengok tak gambar kahwin dorang ??? Sebenarnya isteri Abg ni pun askar jugak.. Dia bahagian penyanyi untuk okestra ni.. Jom tengok gambar dorang..

Ini gambar pelamin dorang.. Aku ambil time pagi sebelum orang ramai datang..


Cantik tak pelamin dia ?? cantik kan.. Seriusly aku suka pelamin dia. Simple, tapi cantik. Aku admire habis lhaa... Nk tengok gambar pengantinnya pulak tak ??
Jomm....


Oppss !! ini bukan pengantin tau .. Ini aku lhaa pulak. Sori ~ Jap, ni gambar sebenarnya okay ??



Inilah dia pengantin yang sebenarnya. Handsome dan cantik.. Sepadan sangat.. Nak tengok lagi gambar ?? Aku memang active menangkap gambar time ni. Kali ni aku nak tunjukkan gambar time dorang potong kek. Time potong kek ni, yang lelaki uh pakai baju tentera yang warna putih tu.. Memang smart sangat.. Aku suka.. Nanti nak suami tentera jugak lhaa.. hahaha, mula mengarut sudah ~ Just abaikan aje aku ni.. Let's check the out ~












Huh, amacam ?? Terhibur tak dengan gelagat mereka berdua ?? Seriusly sempoi.. Posing maut gituhhh..
Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku ambil tadi, tapi tak nak upload semua. Malas and memang tak nak.. hahaha.. Itu sahaja cerita aku untuk post kali ini. Semoga anda semua terhibur membacanya. Bagi sesiapa yang rasa cam annoying je cerita aku ni, just pergi ke butang cancel jelah eah. Tak yah nak semak2 kat page aku. Sorry lhaa teremosi lebih lhaa pulak kan ?? hahaha,, gurauan semata-mata.. Jumpa lagi lain kali okay ??
Sekian , wassalam..

p/s : Kepada kedua mempelai, semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan dicucuri rahmat-Nya.. Sorry lhaa cerita pasal wedding korang sebab aku rasa teruja sgt.. Untung dpt masuk post aku ni.. Selamat Pengantin Baru ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS