Powered by Blogger.
RSS

REDHA


Segala yang jadi kat kita kat dunia adalah bersebab. Ada hikmah disebalik segalanya. Kita sebagai hambanya perlulah redha atas segala sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah terhadap hamba-Nya. Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebani umat-Nya dengan perkara yang tidak mampu untuk kita hadapinya.

Allah uji kita sebab Allah nak tengok dengan siapa kita akan mengadu bila ditimpa masalah tersebut. Allah nak kita selalu ingat dengan-Nya. Allah rindu nak dengar hamba-Nya berdoa dan mengadu kepada-Nya. 

Janganlah sesekali kita menyalah kan Allah jerana uji kita dengan perkara yang tidak dijangka berlaku kat kita. Jangan kita merungut bila ditimpa masalah. Merungut itu seolah-olah kita tk percaya dengan Allah.

Ingatlah bahawa Allah lah yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Maha Pemurah. Maha Penyayang. Jika kita salah seorang yang mengalami masalah tersebut. Sentiasa ingat kat Allah. Muhasabah diri kita semula. Mungkin Allah uji kita sebab nak ampunkan segala dosa-dosa yang kita pernah lakukan sebelum ni. Bersangka baik lha dengan Allah. Belajar untuk Redha akan sesuatu yang berlaku. Insya Allah, Allah akan membantu umat-Nya yang berada dalam kesusahan. 

Yang paling penting, ingat Allah dalam setiap sesuatu yang kita lakukan di dunia ini. Jika kita sentiasa ingat Allah, percayalah bahawa Allah akan sentiasa kan melindungi dan memberkati umat-Nya. Insya Allah, Amin. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment