Asalamualaikum...
Sebenarnya cerita ni da dekat seminggu dah aku simpan.
Asal nak tulis je, mesti byk benda yg menghalang aku drpd berbuat sebegitu.
So, arini aku berpeluang untuk menulisnya dengan lebih tenang dan ceria !!!
Birthday aku jatuh pada hari Jumaat bersamaan 18 Januari 2013..
Suasana pada hari tersebut sekadar biasa2 sahaja.
Malam tu, aku gerak ke rumah nenek aku seperti biasa nak nengok MLM Akhir sebab kat rumah aku masa tu tak de ASTRO lagi tapi now, sudah ade. Baru lagi pasangnya ~
Mama kata tak nak celebrate birthday aku sebab nnti nak celebrate ngan birthday adik aku sekali bulan 2 ni.. Tapi, Mak lang aku yg volunteer nak sambut gak birthday aku bagi pihak dia lhaa.
So, dia buat kek sendiri. huh ! homemade tau !! Walaupun kek nye tak de lhaa secantik mana, sebe tk sempat nk topping bagai. Tapi rasanya still sedap macam kek2 yang selalu kita beli kat kedai uh..
Aku dpt present istimewa drpd nenek iaitu duit !! Korang ada ? Aku ada ~
Huh ! nampak tak ada tangan yg pegang sampul duit ray uh ???
Itulah duit yg aku maksudkan uh.. Nenek aku saja je nk masuk sekali dlm gambar, tp tgn jelah..
Dan yg kat berbaju oren di belakang aku uh adalah ayah aku, dia ngah solat sebab lepas uh dia kene gi kerja pulak.. Kek ?? Itulah kek homemade uh.. Sedap kott !! Aku suka rasanya ...
Okay, sekarang aku nk say thanks kepada mereka2 yang wish birthday aku tak kiralah melalui call ke, mesej ke, wish depan2 aku ke or even kat fb sekali pun. Aku hargai sgt2 kat korang2 semua.. Semoga korang diberkati oleh Illahi. Amin...
Azalina Abdul Wahid : Kau lhaa org pertama yang wish aku time birthday aritu. Tak silap aku kau call aku time 12.00 malam kott. Terkejut lhaa jugak aku mlm uh sebab aku baru nk amek port nak tidur. Thanks 4 everything yang kau buat untuk aku sepanjang persahabatan kita ni. Kau lhaa kawan yang terbaik bagi aku.. Susah senang kita bersama tau.. Gud luck in your life !!
Nakamura Miharu : Even pon kau wish aku kat fb, aku still hargai tau. Aku tahu kau sekarang ni ngah sibuk bekerja kan ?? Orang berkerjaya lhaa katakan.. Kerja elok2 tau. Nanti da dpt gaji, jgn lupa belanja aku tau. Sorry kalau aku de wat salah kat kau sepanjang persahabatan kita ni. 3 serangkai 4 ever !!
Ar- Razi Nation : Thanks jugak kat sesiapa yang wish aku. Yang aku ingat Qila Parlan, Hanum, Hanis , Yana Dila, Najahah, Kinah As, Jiah and ramai lagi lhaa. Kang ada yang aku senaraikan ke 27 org tu kang. Korang memang the best bagi aku. Susah nak cari kawan mcm korg semua. Susah senang kita sentiasa bersam. Rindu nak bertotak ngan korg, main balas2 pantun, gosip2 and mcm2 lagi lhaa ngan korg.
Dira Nadirah : Jam 9.55 malam, aku dpt mesej drpd kau. Aku pelik pada mulanya sebab tak silap aku budak plkn mana leh balik. Rupanya kau bawak fon kau and kau guna time hujung minggu je. Kita borak2, aku wish birthday kau jugak and cite pasal Si Dia.. Kau suruh aku msj Si Dia tapi aku tak nak sebab aku tak tahu nak mesej apa kat dia time uh. Thanks wish aku and still jadik bestfriend aku daripada kita sama2 Pra Sekolah dulu, sentiasa satu kelas, sampai lhaa sekarang ni kita da abes sekolah.. Thanks again for everything..
My Family : Tak lupa jugak kepada family aku yang sudi wish aku. Ada yang mesej, ada yang call aku and de jugak yang wish kat fb je. Thanks for the wishes. I really appreciate it. Doakan kejayaan along ye semua.. Sayang sangat2 kat semua..
Okay lhaa, itu sahaja untuk kali ini. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya jua .. Semoga bertemu semua di dalam post yang lain pada hari dan waktu yang berlainan di dalam blog yang COMEL.. COMEL.. COMEL..
Ye2, aku tahu tu. Tak yah nak jerit2 sangat lhaa weyh. Aku tak pekak lagi lhaa. hahaha...
Kepada sesiapa yang aku lupa nak tulis uh, mintak maaf banyak2 ye. Setiap insan pasti akan melakukan kesalahan.. Dan akulah insan itu..
Sekian, wassalam...